Terma dan Syarat bagi Keahlian Panel, Penyertaan Tinjauan dan Penggunaan Perkhidmatan

Tarikh Kuat Kuasa: 28 Februari 2018

Semakan Terakhir: 28 Februari 2018

Definisi

Apabila digunakan dalam Terma ini, istilah dan ungkapan berikut haruslah mempunyai maksud berikut.

Ahli Panel Aktif” merujuk kepada Anggota Panel yang telah: (a) menyertai Tinjuan, (b) Program Penyelidikan lain; atau (c) bahagian Perkhidmatan lain, sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua belas (12) bulan terakhir; atau (d) mengemas kini profil atau maklumat ahlinya sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua belas (12) bulan terakhir.

Perkhidmatan Penjejakan Penyelidikan Pasaran” merujuk kepada Perkhidmatan yang diterima oleh Pengguna yang boleh menjejaki tingkah laku dalam talian Pengguna tersebut, seperti laman web yang diakses oleh Pengguna dan kempen dalam talian yang terdedah kepada Pengguna untuk tujuan penyelidikan pasaran, termasuk penyelidikan penjejakan pengiklanan.

Undang-undang Berkenaan” merujuk kepada undang-undang dan peraturan negara dan/atau tempatan yang berkenaan.

Pelanggan” merujuk kepada pelanggan Kami yang Kami berikan perkhidmatan.

Kandungan” merujuk kepada maklumat di Laman Kami, Laman Tinjauan, Laman Panel atau Laman Rakan Kongsi.

Panel” merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk dijemput dan menyertai Tinjauan penyelidikan pasaran, Program Penyelidikan lain atau bahagian Perkhidmatan lain untuk penyelidikan pasaran.

Anggota Panel” merujuk kepada anggota dalam Panel.

Pemilik Panel” merujuk kepada pemilik bagi Panel dan Laman Panel yang Anda adalah Anggota Panel.

Laman Panel” merujuk kepada laman web di mana individu boleh mendaftar untuk menjadi Anggota Panel.

Rakan Kongsi” merujuk kepada salah satu Rakan Kongsi kami, termasuk Pemilik Panel dan rakan kongsi yang lain.

Laman Rakan Kongsi” merujuk kepada laman web yang dikendalikan oleh salah satu Rakan Kongsi kami.

Peserta” merujuk kepada individu, yang bukan Anggota Panel, yang diarahkan kepada Tinjauan, Program Penyelidikan lain atau bahagian Perkhidmatan lain oleh salah satu Rakan Kongsi Kami.

Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan (“Subjek Data“) orang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti; orang yang boleh dikenal pasti adalah orang yang dapat dikenal pasti atau dijejaki, secara langsung atau tidak langsung, khususnya dengan merujuk kepada pengecam sama ada bersendirian atau apabila digabungkan dengan maklumat peribadi atau pengenalan yang lain. Data Peribadi boleh termasuk maklumat seperti nama, nombor keselamatan sosial, tarikh dan tempat lahir, nama ibu sebelum berkahwin, rekod biometrik, gambar, rakaman bunyi atau video, dan maklumat lain yang dikaitkan atau boleh dikaitkan dengan individu, seperti maklumat perubatan , pendidikan, kewangan, dan pekerjaan. (NOTA: Data Peribadi juga boleh dirujuk sebagai Maklumat Peribadi Boleh Dikenal Pasti atau PII.)

Program Penyelidikan” merujuk kepada peluang penyelidikan selain daripada Tinjauan.

Kandungan Terbatas” merujuk kepada maklumat, bahan, produk, dan Kandungan sulit dan/atau proprietari yang dimiliki oleh Kami dan/atau Pemilik Panel, Pemilik Tinjauan, Pelanggan, Rakan Kongsi dan/atau pemberi lesen.

Perkhidmatan” merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Kami yang membenarkan Anda, sebagai Ahli Panel atau Peserta, untuk mengambil bahagian dalam (a) Panel atau Tinjauan, (b) program penyelidikan lain, atau (c) sebarang perkhidmatan lain yang disediakan oleh Kami dan digunakan oleh Anda, seperti Perkhidmatan Penjejakan Penyelidikan Pasaran.

Penyerahan” merujuk kepada semua komen, maklum balas, cadangan, idea dan maklumat lain yang Anda serahkan atau Kami kumpulkan apabila Anda menyertai Panel, memberi respons kepada Tinjauan atau Program Penyelidikan lain atau menggunakan Perkhidmatan.

Pemilik Tinjauan” merujuk kepada pemilik Tinjauan, yang biasanya merupakan Pelanggan.

Laman Tinjauan” merujuk kepada laman web di mana Anda memberi respons dan melengkapkan Tinjauan.

Tinjauan” merujuk kepada tinjauan penyelidikan pasaran yang disediakan oleh Kami untuk Anda.

Laman Web Pihak Ketiga” merujuk kepada laman web yang diselenggarakan dan/atau dikendalikan oleh pihak ketiga.

Pengguna” merujuk kepada Anda sebagai individu apabila Anda menggunakan Perkhidmatan.

Kandungan Pengguna” merujuk kepada semua kandungan, bahan, maklumat dan komen yang Anda gunakan, muat naik, siarkan atau serahkan atau yang Kami kumpulkan apabila Anda menggunakan Perkhidmatan, termasuk maklumat yang diterima melalui Perkhidmatan Penjejakan Iklan, seperti data corak penggunaan Internet.

Anda” dan “Diri Anda” merujuk kepada anda sebagai individu.

Kami dan Cint merujuk kepada entiti Sweden Cint AB no. daftar 556559-8769.

1. Kebolehgunaan; Perjanjian

Terma dan Syarat ini (selepas ini “Terma“) terpakai sebagai tambahan kepada apa-apa perjanjian dengan Pemilik Panel bagi Panel yang mana anda adalah Anggota Panel, serta apa-apa terma khusus, yang mungkin terpakai untuk Tinjauan, Program Penyelidikan lain atau Perkhidmatan lain. Terma ini tidak akan terpakai sehingga setakat mana ia bercanggah dengan terma perjanjian antara Anda dan Pemilik Panel atau dengan terma khusus yang disediakan oleh Pemilik Panel atau Pelanggan sebagai syarat untuk penyertaan Anda dalam Tinjauan atau Program Penyelidikan lain, dengan syarat, terma lain yang tersebut tidak akan mengurangkan hak Kami atau meningkatkan liabiliti Kami yang dinyatakan dalam Terma ini.

2. Pengenalan

Tujuan Terma ini adalah untuk menetapkan terma dan syarat umum untuk penggunaan Perkhidmatan Anda, termasuk penyertaan Anda dalam Tinjauan, Panel atau Program Penyelidikan lain.

Kami menguruskan hubungan antara Pemilik Tinjauan dan Pemilik Panel dan Kami bertindak bagi pihak Pemilik Panel. Kami juga adalah pembekal platform, menyediakan peluang untuk Anggota Panel, untuk mengambil bahagian dalam Tinjauan, Program Penyelidikan lain dan menggunakan perkhidmatan lain.

Selain yang di atas, Kami juga boleh menguruskan insentif. Butiran mengenai skim insentif tersebut boleh didapati dalam Terma ini.

3. Kelayakan Keahlian Panel

Keahlian Panel umumnya terbuka kepada individu yang memenuhi syarat untuk keahlian, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keperluan umur minimum dan keperluan lokasi geografi. Keperluan untuk keahlian Panel mungkin berbeza mengikut Panel tertentu dan ditentukan oleh Pemilik Panel. Dengan bersetuju untuk menjadi Anggota Panel, Anda bersetuju untuk menerima jemputan untuk mengambil bahagian dalam Tinjauan, Program Penyelidikan atau Perkhidmatan lain, kedua-duanya daripada Pemilik Panel yang anda telah memohon keahlian Panel dan daripada Pemilik Panel lain. Anda boleh membatalkan langganan keahlian Panel pada bila-bila masa, sila lihat Bahagian 12 “Dasar Pilih Keluar” di bawah.

Kami hanya membenarkan satu Anggota Panel bagi setiap alamat e-mel yang unik dalam setiap Panel.

4. Pendaftaran Panel

Untuk menjadi Anggota Panel, Anda mesti mendaftar dengan Laman Panel dan memberikan maklumat tertentu mengenai Diri Anda. Maklumat yang anda berikan mestilah benar, betul dan lengkap. Kami berhak untuk menyekat atau melarang akses anda kepada Perkhidmatan atau penyertaan dalam Tinjauan atau Program Penyelidikan lain jika Anda memberikan maklumat, atau Kami mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa maklumat yang Anda berikan tidak benar, betul dan lengkap.

Keahlian Panel adalah peribadi dan hanya boleh digunakan oleh individu yang mendaftarkan keahlian dengan Panel. Anda bertanggungjawab untuk merahsiakan apa-apa maklumat dan kata laluan pengguna dan Anda bertanggungjawab ke atas mana-mana penggunaan, sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan, akaun keahlian Anda.

5. Syarat bagi Penyertaan Tinjauan, Program Penyelidikan Lain atau Perkhidmatan Lain

Apabila Anda menyertai Tinjuan, Program Penyelidikan lain atau Perkhidmatan lain, dan/atau menggunakan Laman Kami, Laman Tinjauan atau Laman Panel, Anda diwajibkan untuk mematuhi Terma ini, serta apa-apa terma dan syarat lain yang terpakai kepada penyertaan Anda, termasuk apa-apa perjanjian antara Anda dan Pemilik Panel atau terma yang dikenakan oleh Pelanggan atau Rakan Kongsi.

Dengan menyertai Tinjauan, Program Penyelidikan lain atau Perkhidmatan lain, Anda bersetuju untuk memberikan maklumat yang benar, betul dan lengkap mengenai Diri Anda. Jika Anda memberikan maklumat, atau Kami mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa maklumat yang Anda berikan tidak benar, betul dan lengkap, Anda mungkin tidak layak Tinjauan, Program Penyelidikan lain atau Perkhidmatan lain dan akibatnya tidak akan menerima sebarang insentif untuk penyertaan Anda. Selain itu, Pemilik Panel boleh menamatkan keahlian Anda dan akibatnya Anda tidak akan dapat mengambil bahagian dalam apa-apa Tinjauan atau Program Penyelidikan lain.

Anda bertanggungjawab untuk tindakan dan komunikasi yang dijalankan atau dihantar daripada akaun anda.

6. Penggunaan Perkhidmatan

Penyertaan dalam Tinjauan, Perkhidmatan Penyelidikan lain atau penggunaan Perkhidmatan lain adalah secara sukarela. Perkhidmatan adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial, dan Kami berhak untuk menukar, mengubah suai, mengehad atau menyekat akses kepada, semua atau mana-mana bahagian Perkhidmatan, tanpa notis terlebih dahulu.

Kami boleh pada bila-bila masa menolak daripada memberikan Perkhidmatan kepada sesiapa sahaja mengikut budi bicara Kami sendiri.

Anda mengakui bahawa Anda mengakses, menggunakan, dan/atau menyertai Perkhidmatan dengan kapasiti kontraktor bebas, dan tiada agensi, perkongsian, usaha sama, hubungan majikan dengan pekerja atau pemberi francais dengan penerima francais yang dimaksudkan atau diwujudkan oleh Terma ini.

7. Penggunaan Tidak Dibenarkan

Anda bersetuju untuk tidak:

(a) menggendalakan, mengganggu keselamatan atau sebaliknya menyalahgunakan Perkhidmatan atau Laman Kami, Laman Tinjauan, Laman Panel, Laman Rakan Kongsi, atau mana-mana perkhidmatan, sumber sistem, akaun, pelayan atau rangkaian yang dihubungkan atau boleh diakses melalui Tinjauan atau Laman Tinjauan atau laman gabungan atau yang dikaitkan;

(b) menggunakan labah-labah, robot atau teknik perlombongan data automatik lain untuk mengkatalogkan, memuat turun, menyimpan, atau sebaliknya mengeluarkan semula atau mengedarkan data atau kandungan tersedia yang berkaitan dengan Perkhidmatan, atau dengan cara lain memanipulasikan hasil Tinjauan;

(c) mengambil apa-apa tindakan untuk mengganggu Laman Kami, Laman Tinjauan, Laman Panel, atau Laman Rakan Kongsi atau penggunaan individu ke atas laman sedemikian, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, terlebih muatan, atau “meranapkan” laman web;

(d) menghantar atau memindahkan apa-apa virus, data rosak, atau apa-apa kod, fail atau maklumat lain yang berbahaya, mengganggu atau memusnahkan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perisian intip, perisian hasad dan trojan;

(e) mengumpulkan apa-apa Data Peribadi bagi lain-lain Pengguna Perkhidmatan;

(f) menghantar e-mel yang tidak diminta, seperti promosi dan iklan untuk produk atau perkhidmatan;

(g) membuka, menggunakan, atau mengekalkan lebih daripada satu (1) akaun keahlian dengan Panel;

(h) menggunakan atau cuba untuk menggunakan akaun Pengguna lain, tanpa kebenaran, atau mencipta akaun dengan identiti palsu;

(i) cuba mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada Laman Kami, Tinjauan, Laman Tinjauan, Laman Panel, Laman Rakan Kongsi atau bahagian Tinjauan, Laman Kami, Laman Tinjauan, Laman Panel atau Laman Rakan Kongsi yang disekat daripada akses umum;

(j) memalsukan atau menyembunyikan Identiti sebenar anda;

(k) merakamkan sebahagian daripada Laman Kami, Laman Tinjauan, Laman Panel atau Laman Rakan Kongsi dan memaparkannya di laman web atau media lain atau mengubah rupa mana-mana Laman Tinjauan, Laman Panel, atau Laman Rakan Kongsi;

(l) mewujudkan pautan dari laman web ke Laman Kami, Laman Tinjauan, Laman Panel atau Laman Rakan Kongsi atau Perkhidmatan, tanpa persetujuan bertulis daripada Kami terlebih dahulu;

(m) menyiarkan atau menghantar apa-apa bahan atau kandungan yang mengancam, mencerca, memfitnah, mencabul, pornografi, lucah, penuh skandal, atau bersifat menghasut;

(n) menggunakan apa-apa kesalahan; bahasa kasar atau lucah di Laman Kami, dalam Tinjauan atau Laman Tinjauan, Laman Panel atau Laman Rakan Kongsi;

(o) terlibat dalam apa-apa aktiviti penipuan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mempercepatkan Tinjauan, mengambil Tinjauan yang sama lebih daripada sekali, mengemukakan maklumat palsu semasa proses pendaftaran, mengemukakan data Tinjauan palsu atau tidak benar, menebus atau cuba untuk menebus insentif melalui cara pemalsuan atau penipuan, mengganggu Tinjauan dan, berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan Penjejakan Iklan, mengakses laman web atau kempen dalam talian dengan niat semata-mata untuk memberikan tanggapan yang salah nyata terhadap tingkah laku dalam talian Anda;

(p) membuat kejuruteraan berbalik mana-mana aspek Perkhidmatan atau mengambil apa-apa tindakan yang mungkin memperlihatkan atau mendedahkan kod sumber, atau memintas atau mengelakkan langkah atau kawalan yang digunakan untuk melarang, menyekat atau mengehadkan akses kepada mana-mana halaman web, kandungan atau kod, kecuali dibenarkan secara nyata oleh Undang-undang Berkenaan;

(q) terlibat dalam apa-apa perbuatan jenayah atau menyalahi undang-undang yang boleh dikaitkan dengan Laman Kami, Tinjauan atau Laman Tinjauan, Laman Panel atau Laman Rakan Kongsi;

(r) menggunakan Kandungan Terbatas yang melanggar atau memungkiri Terma ini; atau

(s) menggalakkan dan/atau menasihatkan mana-mana individu, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Anggota Panel, Peserta atau mana-mana pekerja Kami, untuk melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Terma.

8. Kandungan Terbatas

Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua bahan, termasuk, tanpa had, semua konsep, teks, reka bentuk, grafik, lukisan, gambar, klip video, muzik dan bunyi, dan semua tanda dagangan, tanda perkhidmatan dan nama dagangan yang digunakan dalam Tinjauan, Program Penyelidikan lain atau Perkhidmatan lain dan/atau Laman Kami, Laman Tinjauan, Laman Panel atau Laman Rakan Kongsi dan sebahagian daripada pemilihan dan pengaturan, adalah tertakluk kepada hak harta intelektual, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, tanda dagangan dan paten atau hak untuk memohon pendaftaran mereka di mana-mana sahaja di dunia, dipegang oleh atau dilesenkan oleh Kami, Pemilik Tinjauan, Pemilik Panel, Rakan Kongsi atau pihak ketiga yang lain yang merupakan pemilik masing-masing bagi atau mengawal, Kandungan Terbatas tersebut.

Apabila Anda menggunakan Perkhidmatan atau menyertai Tinjauan, Program Penyelidikan lain atau Perkhidmatan lain, Anda mungkin terdedah kepada Kandungan Terbatas. Anda tidak diberikan apa-apa hak kepada Kandungan Terbatas dan semua hak harta intelektual adalah terpelihara secara nyata. Tiada lesen untuk menggunakan, mendedahkan, memuat turun, menyalin, mengedar, atau mengeluarkan semula (termasuk tetapi tidak terhad kepada menyiarkan pada mana-mana laman web, media sosial atau blog) Kandungan Terbatas atau perkara pokok Kandungan Terbatas diberikan kepada Anda. Sila ambil perhatian bahawa tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya berlaku penggunaan Kandungan Terbatas yang tidak dibenarkan yang dikesan kembali kepada Anda. Anda dengan ini dimaklumkan dan mengakui bahawa Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan semua permintaan pihak ketiga untuk pendedahan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pendedahan identiti Anda) yang berkaitan dengan tuntutan bahawa Anda telah menggunakan Kandungan Terbatas yang melanggar Terma ini yang Kami anggap sah.

Anda hanya boleh mengambil bahagian dalam Tinjauan, Program Penyelidikan lain, Perkhidmatan lain dan/atau menggunakan Laman Kami, Laman Tinjauan, Laman Panel, atau Laman Rakan Kongsi dengan cara yang tidak melanggar hak harta intelektual Kami atau pihak ketiga.

9. Kandungan Pengguna

Anda bertanggungjawab ke atas semua Kandungan Pengguna. Anda juga bertanggungjawab untuk mendapatkan, jika relevan, kelulusan, persetujuan, dan/atau kebenaran pihak ketiga untuk penggunaan Anda dan Kami ke atas Kandungan Pengguna Anda. Kandungan Pengguna, termasuk gambar, bunyi atau rakaman video boleh dianggap sebagai Data Peribadi. Kandungan Pengguna Anda mungkin tersedia secara terbuka dan dikongsi dengan pihak ketiga termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Pelanggan Kami, pelanggan bagi Pelanggan Kami, Pemilik Tinjauan, Pemilik Panel, Rakan Kongsi dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga. Anda hendaklah memastikan bahawa Kandungan Pengguna tidak mengandungi kandungan atau bahan yang dilindungi hak cipta atau tanda dangangan bagi mana-mana pihak ketiga, termasuk audio, video, imej, atau persamaan dengan sesiapa sahaja selain daripada Anda, kecuali Anda telah memperoleh kelulusan, persetujuan dan/atau kebenaran daripada pihak ketiga yang diperlukan untuk penggunaan Anda dan Kami ke atas Kandungan Pengguna tersebut. Anda tidak akan menerima pampasan untuk penggunaan Kami, Rakan Kongsi Kami atau Pelanggan Kami ke atas mana-mana Kandungan Pengguna.

Dengan menggunakan, memuat naik, menyiarkan, menyerahkan atau membenarkan Kami mengumpul (keizinan sedemikian dianggap diberikan atas persetujuan Anda dengan Terma dan penggunaan Perkhidmatan yang relevan) Kandungan Pengguna yang berkaitan dengan Perkhidmatan, Anda dengan ini memberikan kepada Kami hak dan lesen yang berterusan, tidak boleh dibatalkan, tidak terhad, boleh dipindahkan, boleh disublesenkan, serata dunia, royalti percuma untuk mengedit, menyalin, menghantar, menerbitkan, memaparkan, mencipta karya terbitan, menghasilkan semula, mengubahsuai, mengedar dan sebaliknya menggunakan Kandungan Pengguna Anda mengikut budi bicara Kami sendiri. Anda tidak akan menerima apa-apa pampasan untuk Kandungan Pengguna Anda atau penggunaan Kami, kecuali jika dipersetujui secara jelas.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa Kandungan Pengguna Anda dan penggunaan Kami adalah mengikut Terma ini, tidak akan melanggar hak harta intelektual pihak ketiga. Kami tidak akan dan tidak boleh menyemak semua Kandungan Pengguna dan Kami tidak akan menerima apa sahaja liabiliti untuk Kandungan Pengguna Anda. Kami mempunyai hak, tetapi bukan kewajipan, untuk memadam, mengeluarkan, atau mengedit Kandungan Pengguna Anda, yang Kami, mengikut budi bicara Kami, menganggap: (a) melanggar Terma ini; (b) melanggar hak harta intelektual; atau (c) bersifat kasar, memfitnah, mencabul, atau sebaliknya tidak boleh diterima.

10. Dasar mengenai Program Insentif Berdasarkan Mata

Jika Anda memberi respons kepada dan berjaya melengkapkan Tinjauan, menyertai Program Penyelidikan lain atau Perkhidmatan lain, Anda boleh mendapatkan mata, yang boleh ditebus untuk pelbagai hadiah atau wang tunai dalam program insentif Kami. Anda tidak perlu membeli apa-apa untuk menerima mata. Mata yang anda peroleh adalah peribadi dan Anda tidak boleh memindahkannya kepada orang lain. Mata anda akan sah dan boleh ditebus selama tempoh dua puluh empat (24) bulan selepas akaun anda menjadi tidak aktif. Mana-mana mata atau insentif yang tidak ditebus oleh Anda mungkin dibatalkan oleh Kami.

Pada permulaan Tinjauan, Program Penyelidikan lain atau Perkhidmatan lain, Anda akan menerima maklumat mengenai jumlah mata yang Anda boleh perolehi. Kami tidak menerima untuk tanggungan atau bertanggungjawab dalam apa-apa cara untuk akibat cukai atau kewajipan yang mungkin berlaku akibat daripada mata atau insentif yang dikeluarkan atau ditebus. Jika Anda melanggar Terma, Anda mungkin kehilangan semua mata atau insentif yang Anda perolehi. Kami tidak menerima apa-apa liabiliti kepada Anda berhubung dengan mata yang telah anda perolehi.

11. Kemas Kini Profil

Anggota Panel bersetuju untuk memastikan profil keahlian mereka dikemas kini. Anggota Panel boleh mengemas kini, membetulkan, dan/atau memadam maklumat yang terkandung dalam profil keahliannya dengan: (a) mengakses akaun keahlian Panelnya; atau (b) menghantar e-mel kepada pasukan perkhidmatan Anggota Panel yang sesuai untuk Panel yang relevan.

12. Dasar Pilih Keluar

Anggota Panel boleh memilih keluar daripada menggunakan mana-mana atau kesemua Perkhidmatan (termasuk, tanpa had, daripada menerima jemputan Tinjauan, surat berita atau komunikasi) pada bila-bila masa: (a) dengan mengikuti prosedur membatalkan langganan yang diterangkan di Laman Panel yang relevan atau laman yang berkaitan atau yang terkandung dalam e-mel yang diterima daripada Kami; atau (b) dengan menghantar e-mel kepada pasukan perkhidmatan Anggota Panel Kami di sini.

Kami akan menggunakan usaha yang munasabah, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan, untuk memberi respons kepada setiap permintaan e-mel dalam tempoh masa yang munasabah selepas penerimaan. Selepas penamatan Perkhidmatan, maklumat hubungan Anggota Panel akan dikeluarkan daripada semua komunikasi atau senarai hubungan yang berkaitan dengan Perkhidmatan yang ditamatkan. Harap maklum bahawa ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk menyelesaikan penyingkiran dan semasa waktu tersebut, Anda mungkin menerima mesej daripada Kami yang dicipta atau disusun sebelum pilih keluar Anda.

13. Pautan

Sehubungan dengan penggunaan Perkhidmatan Anda, Anda mungkin dapat memautkan atau menyambung ke Laman Web Pihak Ketiga. Harap maklum bahawa Kami tidak mengesahkan mana-mana Laman Web Pihak Ketiga atau produk, perkhidmatan, dan/atau peluang untuk diiklankan, ditawarkan, melalui atau berkaitan dengan Laman Web Pihak Ketiga tersebut. Sila semak semua dasar dan terma yang terpakai kepada Laman Web Pihak Ketiga dengan teliti.

14. Komunikasi dengan Kami

Semua komunikasi (tidak termasuk Data Peribadi) dan Kandungan Pengguna yang dikemukakan atau dihantar oleh Anda kepada Kami, melalui mel elektronik atau sebaliknya, atau dikumpulkan oleh Kami, akan dianggap sebagai maklumat bukan sulit dan bukan proprietari Anda, melainkan Anda secara khusus menyatakan sebaliknya sama ada sebelum, atau serentak dengan, penyerahan atau keizinan Anda kepada Kami untuk mengumpul komunikasi dan Kandungan Pengguna tersebut. Anda bersetuju bahawa apa-apa komunikasi dan Kandungan Pengguna sedemikian boleh digunakan oleh Kami mengikut budi bicara Kami sendiri.

15. Privasi

Apabila memohon keahlian Panel, menggunakan Perkhidmatan atau sebaliknya berkomunikasi dengan Kami atau Pemilik Panel, Data Peribadi yang berkaitan dengan Anda mungkin diproses. Untuk maklumat mengenai amalan privasi Cint dan pemprosesan Data Peribadi Anda, sila semak Notis Privasi Peserta Penyelidikan di sini.

16. Penafian

Anda secara jelas bersetuju bahawa penyertaan Anda dalam Tinjauan, Program Penyelidikan lain dan penggunaan Perkhidmatan dan melayari Laman Kami, Laman Tinjauan, Laman Panel atau Laman Rakan Kongsi adalah semata-mata atas risiko dan tanggungjawab Anda. Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang, Kami, Pelanggan Kami, Pemilik Tinjauan, Pemilik Panel, Rakan Kongsi, atau pihak ketiga yang lain, dan para pengarah, pegawai, pekerja, wakil, ejen, penyedia kandungan pihak ketiga dan pemberi lesen Kami atau mereka, tidak membuat sebarang jaminan, tersurat, tersirat atau berkanun, termasuk kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, penyertaan dalam Tinjauan atau penggunaan Perkhidmatan, Laman Kami, Laman Tinjauan, Laman Panel, atau Laman Rakan Kongsi tidak tergendala atau bebas ralat. Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang, Kami, Pelanggan Kami, Pemilik Tinjauan, Pemilik Panel, Rakan Kongsi, atau pihak ketiga yang lain, dan para pengarah, pegawai, pekerja, wakil, ejen, penyedia kandungan pihak ketiga dan pemberi lesen Kami atau mereka, tidak membuat sebarang jaminan, tersurat, tersirat atau berkanun, termasuk kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, terhadap ketepatan, kebolehpercayaan, atau kandungan apa-apa maklumat, atau perkhidmatan yang disediakan melalui Tinjauan atau Laman Kami, Laman Tinjauan, Laman Panel, atau Laman Rakan Kongsi, selain daripada yang dinyatakan secara jelas dalam Terma ini.

17. Had Liabiliti

SEHINGGA SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG BERKENAAN, KAMI, PEMILIK TINJAUAN, PEMILIK PANEL ATAU RAKAN KONGSI, PIHAK KETIGA, ATAU PARA PENGARAH, PEGAWAI, PEMEGANG SAHAM, PEKERJA, PERWAKILAN, KONTRAKTOR, PENGGANTI ATAU PEMEGANG SERAH HAK TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS ANDA DENGAN APA JUA CARA, TERMASUK TANPA HAD, UNTUK APA-APA HAL YANG BERKAITAN DENGAN TERMA INI, PERKHIDMATAN, LAMAN KAMI, TINJAUAN, LAMAN PANEL, LAMAN RAKAN KONGSI ATAU UNTUK APA-APA PENYERAHAN YANG ANDA BUAT, ATAU UNTUK SEBARANG KERUGIAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, PUNITIF, SAMPINGAN, KEBERGANTUNGAN, TELADAN ATAU BERBANGKIT, KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN SIMPANAN DIJANGKA, ATAU LAIN-LAIN KERUGIAN TIDAK LANGSUNG SAMA ADA KAMI TELAH ATAU TIDAK DINASIHATKAN MENGENAI KECENDERUNGAN ATAU KEMUNGKINAN KERUGIAN TERSEBUT.

Had liabiliti dan penafian dalam Terma ini hendaklah terpakai tanpa mengira bentuk tindakan, sama ada dalam kontrak, waranti, delik, delik kuasi, liabiliti yang ketat, kecuaian atau tort yang lain dan boleh bertahan dengan pelanggaran asas atau kegagalan tujuan utama kontrak atau kegagalan remedi eksklusif.

18. Tanggungan Rugi

Anda bersetuju dengan sepenuhnya dan secara efektif menanggung rugi, mempertahankan, dan memegang lepas Kami, Pemilik Tinjauan, Pemilik Panel, dan Rakan Kongsi, dan pihak ketiga lain yang berkaitan, termasuk para pengarah, pegawai, pemegang saham, pekerja, perwakilan, kontraktor, ahli gabungan, pengganti atau pemegang serah hak, daripada dan terhadap apa-apa dan kesemua kerugian, perbelanjaan, liabiliti dan kehilangan apa-apa jenis, termasuk yuran guaman, yang timbul, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada apa-apa pelanggaran Terma yang disebabkan oleh Anda.

19. Perubahan

Kami dengan ini berhak, mengikut budi bicara Kami sendiri, untuk membuat perubahan kepada Terma ini. Kami menggalakkan anda untuk menyemak Terma ini secara berterusan. Kami akan mendapatkan persetujuan anda sebelum perubahan yang bersifat sedemikian bahawa persetujuan diperlukan atau dikehendaki. Untuk perubahan yang tidak memerlukan persetujuan, penggunaan berterusan anda, mengakses kepada dan/atau penyertaan dalam Perkhidmatan adalah dan akan menjadi penerimaan anda terhadap Terma ini seperti yang dipinda.

20. Pematuhan Undang-Undang Berkenaan

Anda mengakui dan bersetuju bahawa Anda hendaklah pada setiap masa mematuhi Undang-undang Berkenaan apabila Anda memberi respons terhadap Tinjauan, mengambil bahagian dalam Program Penyelidikan lain atau sebaliknya menggunakan Perkhidmatan tersebut.

21. Penggantungan, Penamatan dan Penyahaktifan

Sebagai tambahan kepada apa-apa dan semua remedi lain yang ada, Kami boleh, tanpa notis, menggantung dan/atau menamatkan penggunaan dan akses Anda kepada Perkhidmatan, atau keahlian Anda dengan Panel, jika Anda melanggar Terma ini atau sekiranya Anda menggunakan Perkhidmatan dengan cara yang menyalahi undang-undang atau sebaliknya bertindak dengan cara yang mengikut budi bicara Kami sendiri, tidak boleh diterima oleh Kami, Pemilik Tinjauan, Pemilik Panel, atau Rakan Kongsi. Sekiranya Kami menamatkan hak Anda untuk menggunakan Perkhidmatan dan/atau jika keahlian Panel Anda ditamatkan: (a) Anda kehilangan semua hak, hakmilik dan kepentingan dalam dan/atau kepada semua ganjaran, insentif, dan/atau hadiah yang tidak tebus, berkuatkuasa setelah penamatan; (b) Keahlian Panel Anda akan segera dibatalkan; (c) Akses Anda kepada dan penggunaan Perkhidmatan akan segera dihentikan; dan (d) Anda tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam apa-apa Tinjauan pada masa depan yang ditawarkan melalui Perkhidmatan.

Selain itu, Kami berhak untuk menyahaktifkan akaun keahlian Panel Anda: (a) jika Anda tidak lagi menjadi Ahli Panel Aktif; (b) jika Kami menerima notis pemulangan atau kegagalan penyerahan dalam komunikasi e-mel Kami dengan akaun e-mel Anda; atau (c) jika Kami menerima notis balasan “peti mel penuh” sebanyak tiga (3) kali dalam komunikasi e-mel Kami ke akaun e-mel Anda.

Sekiranya berlaku penyahaktifan, penamatan oleh Anda, atau penamatan oleh Kami, Anda kehilangan apa jua insentif yang telah Anda perolehi.

22. Pengasingan dan Serahan Hak

Jika, atas apa jua sebab, apa-apa terma atau peruntukan bagi Terma ini dianggap tidak sah atau tidak dapat dilaksanakan, terma atau peruntukan sedemikian hendaklah dianggap boleh diasingkan daripada baki Terma ini, dan baki Terma ini akan diertikan dan ditafsirkan tanpa merujuk kepada terma yang tidak boleh dikuatkuasakan.

Anda tidak boleh menyerah hak Terma ini tanpa persetujuan bertulis Kami terlebih dahulu, yang mungkin ditahan atas budi bicara Kami. Anda bersetuju bahawa Kami boleh menyerah hak Terma ini pada bila-bila masa kepada sesiapa sahaja.

23. Mentadbir Undang-undang, Bidang Kuasa dan Tempat Undang-Undang

Apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma ini, termasuk apa-apa soalan mengenai kewujudannya, kesahan atau penamatannya, hendaklah dirujuk ke mahkamah daerah Stockholm (Sw. Stockholms tingsrätt) dan ditadbir oleh dan diertikan selaras dengan undang-undang Sweden, tanpa mengambil kira mana-mana pilihan prinsip undang-undang (sama ada di Sweden atau mana-mana bidang kuasa lain) yang mungkin disediakan untuk pemakaian undang-undang bidang kuasa yang berbeza.